Gara-gara ayah dan anak anak sulung tengok cerita Word War Z, 3D lagi..maka aku ditugaskan untuk menemankan Aiman menonton Monster University. Kiranya kami ni menumpang tuah la.
Mak aiii..RM16 tu. Kenapa tak mintak 1 untuk kanak-kanak? Dia kata tak ingat....(lain kali kena ingat, belajar melalui kesilapan). Walaupun kurang seringgit dua boleh dapat air mineral 1 botol tau.
Aku sebenarnya tak berapa tahan duduk dalam panggung, macam panas aje bontot nak tunggu lama-lama. Nasib baik cerita menarik untuk Aiman.
Kali ini heronya adalah "Mike" Wazowski, Monster hijau bermata satu. Manakala yang sebelahnya tu "Sulley" Sullivan, hero untuk filem Monster Incorporated.
Disebabkan lawatan masa kanak-kanak ke syarikat penjana tenaga Monster Incorporated, Mike bercita-cita untuk menjadi 'scarer' (tak sedap pulak nanti terjemah dalam Bahas Melayu). Maka Mike berusaha untuk masuk ke Monster Universiti dan menjadi scarer yang berjaya pada satu hari nanti. Nak dijadikan cerita Mike dapat masuk ke Monster Universiti dan dia ni tiada langsung ciri-ciri monster yang menakutkan. Malah dekan universiti pun memandang rendah terhadap beliau. Tapi Mike and The Gang berjaya membuktikan bukan wajah yang menakutkan sahaja boleh berjaya tapi teknik yang betul dan kebolehan yang ada pada monster tersebut boleh juga membantu. Di sinilah lahirnya kumpulan Oozma Kappa. Walaupun Mike ni pandai dan Sulley tu menakutkan tapi pemalas, akhirnya mereka berdua dibuang universiti. So dari sinilah aku baru tahu macam mana mereka boleh berkerja di syarikat Monster Incorporated.
Hehehe...memang syoklah tengok cerita ni (aku kan tak minat cerita serius dan menakutkan)

No comments:
Post a Comment