Thursday, September 26, 2013

Novel

Dah rasa bosan. Nak berfb pun nak buat apa ya? Tak kan asyik nak berborak (chat) ja. Nak pergi belajar di luar teramatla malasnya. Ni merupakan aktiviti aku bila dah teramat bosan....Disebabkan dah terfollow baca di penulisan2u.com.

Aku dah lama baca novel. Semenjak aku kanak-kanak pantang dapat buku. Maklumlah, zaman tu bukan senang nak beli buku. Kalau dapat tu memang tak lepas di tangan lah.

Berbalik pada novel Cinta Kontrak ni, aku respect dengan si penulis. Baru berusia 18 tahun, masa dia tulis novel ni. Masih boleh di asah lagi bakat penulisannya. Patut pun masa aku baca novel ni bahasanya banyak bahasa zaman sekarang. Dari segi bahasa masih tak dapat nak menandingi penulis otai. Ya lah kan, pengalaman belum banyak. (aku pun tak pandai nak tulis novel, tiada kesabaran). Cuma padaku kot ya pun janganlah sampai nak habis asyik nak menggunakan kata-kata kesat aka kasar. (sah-sah, masih muda remaja lagi).

Apapun tahniah untuk Nurul Ain Syuhada

p/s:- aku masih meminati penulis idolaku Norhayati Berahim. Baik dari segi jalan cerita mahupun  dari segi bahasa. Aku masih suka bahasa sopan.

No comments: