Hari khamis sebelum cuti sekolah keputusan UPSR telah diumumkan. Kecewa memang kecewa. Aku rasa inilah pengalaman kekecewaan yang aku rasa.
Arif menelefonku lebih kurang 11.30 pagi. Dalam sendu ucapan 3A2B sayup-sayup kedengaran berselang-seli dengan tangisan. Target untuk mendapat 5A tidak kesampaian. Keputusan lebih kurang sama seperti keputusan yang lepas-lepas. Agak lama juga baru aku boleh terima hakikat. Ialah, ibu mana tak mahu anaknya berjaya. Aku harap dia dapat pengajaran dari apa yang dia perolehi.
Aku cuba untuk terima hakikat dan aku akan cuba untuk membantu anakku untuk lebih berjaya di masa hadapan.
2 comments:
salam perkenalan...
ada hikmahnya keputusannya begitu...mungkin jika dia dapat 5A dia alpa sebentar...tapi tidak sekarang...semangatnya membara...percayalah...
time kasih..baru perasan. biasalah...perlukan masa untuk terima, wbp semua tu boleh terima
Post a Comment