Hari ini adalah tahun baru cina, bermakna hari ini adalah hari cuti. Dua tiga minggu lepas aku dah merancang untuk mengadakan "small gathering" untuk family belah aku le, tak kan asyik family sana aje kan. Semalam lagi aku dah ambil ngah untuk membantu aku (walaupun sebenarnya aku yang bantu dia). So aku pun dah spread undangan menggunakan talian hayat. Aku nak buat BBQ kat rumah aku.
Dari semalam petang aku dah start belanja. Kedai cina dah banyak yang tutup. Banyak juga barang aku beli. Dari pagi lagi aku dah bangun dan start buat kerja. Apa yang aku buat ya? Ha!...satey ayam, daging, mee hoon goreng, lontong (beli segera)ayam, ikan, udang dan sotong....karipap dan popia. Banyak juga tu.. Aku ajak dia orang datang lepas asar..(kalau aku tak buat macam ni, tah bila meraka nak jejak ke rumah aku ni).
Pukul tiga lebih dia orang dah datang...meleset dari jangkaan. Ini disebabkan program lain yang tak dapat dielakkan. Nasib baik cik Idah and family datang. Family dia ni expert untuk memulakan proses bakar membakar ni. Terima kasih banyak-banyak. Nak harapkan aku dan abang ...lambat le nak dapat makan.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...Rasa seronok tak tergambar aku rasa. Apa tidaknya dapat berkumpul dengan adik beradik...
Ucapan terima kasih aku ucapkan kepada kalian kerana sudi hadir:
Bapak
Long dan anak Jannah, Fitrah, Nurul dan...(aku lupa la nama yang satu lagi)
Ngah dan anak, Ikin...trimas sebab tolong aku sediakan persiapan)
Abang Rahim, kak Eton dan Acip
Kak Mah, Abang Noh dan anak Ana, Iza, Halim, Helmi
Abang Mail, Kak Azah dan anak Izat, Wawa, Aha, Suha, Auni
Kak Idah, abang Mat dan anak Iza dan abang adik...
dan terima kasih untuk abang dan anak-anak kerana memberi peluang dan menjayakan majlis kecil ini...ucupan yang tak terhingga
1 comment:
Alhamdulillah semua nye berjalan lancar.. cuma penat la kan. Tak pe la yg penting dapat eratkan siratuleahim keluarga. Dapat kumpul 7 dari 8 adik beradik tu kira OK le tuh. Lain kali plan gathering lagi... Insyallah.
Post a Comment