Adakah ini akan menjadi kegilaan baru aku?...Tak pasti lagi. Aku ni biasalah...kadang kala hangat-hangat tahi ayam.Tak apa, kita tunggu dan lihat.
Sebab apa dan sejak bila aku minat orkid?
Humm...macam mana aku nak jawab ya. Kita mulakan satu persatu.
Sebenarnya aku mula minat orkid ni dah lama, semenjak aku belajar lagi. Masa tu kakak aku yang minat orkid. Tiap kali aku datang rumah dia aku suka tengok orkid yang dia ada. Bermula dari itu setiap kali pesta konvo di UPM aku akan belikan dia sepokok orkid. Masa tu aku tak tau macam mana nak jaga pokok orkid ni.
Kemudian selepas aku mula bekerja, aku mula beli pokok orkid bila aku dah ada rumah sendiri. Masa tu aku siap buat rumah orkid guna besi yang dipasang sendiri. Tapi apakan daya, banyak pokok yang aku tanam tak menjadi. Ilmu aku pasal orkid terlalu cetek sangat. Aku mula give-up sebab pokok orkid aku mula mati satu persatu. Sebelum ianya menjadi parah aku hantar pokok-pokok aku ke kampung sebab pada masa itu aku tengok kakak ipar aku boleh tahan jaga orkid. Setiap kali ada pesta bunga atau orkid aku akan beli dan letak di kampung. Lama kelamaan pokok yang di kampung pun kiok..
Frustnya aku. Nak buat macam mana, mereka tu bukan aku gajikan, tapi aku sekadar tumpang tanam aje. Lepas tu aku lupakan niat aku nak tanam orkid.
Tapi tiap kali aku balik kampung mertua, aku suka tengok pokok yang mertua aku tanam. Lepas tu aku belikan dia pokok orkid pulak. Dah beralih dah dari kampung aku ke kampung mertua. Aku beli orkid yang biasa-biasa aje. Sebenarnya aku suka tengok pokok orkid butterfly...cantik bangat macam rerama berterbangan.
Sekarang ni aku dah berhenti kerja, dah duduk rumah sepenuh masa. Pindah ke rumah baru. Laman di rumah dah penuh pokok, tapi belum tahap padat. Aku malas nak tambah pokok lagi. So bila aku duduk kat kerusi di tepi rumah tu macam kosong aje (sebab semuanya warna hijau aje). Masa aku pergi ke sebuah nurseri aku terjumpa cattleya warna merah, selalunya warna purple. Apa lagi aku terus beli. Lepas tu aku asik pulak tengok bunga dia, bermulalah dari satu pasu ke satu pasu. Ni masih orkid biasa-biasa. Kemudian bila aku ke pasar tani aku jumpa pula penjual orkid. Dari sini dia ajar aku macam mana nak tanam orkid yang aku beli. Aku beli anak butterfly. Tak berani nak beli yang mahal-mahal, takut jadi macam dulu arwah nanti. Setiap kali aku ke pasar tani aku singgah ke gerai dia. Seronoknya aku tengok orkid dia. Dia suka orkid species. Sambil tu dia beritahu cara tanam. Di sinilah baru aku kenal pelbagai jenis orkid lain selain dari komercial orkid. Aku dah mula seronok ditambah lagi dengan bahan bacaan dari internet. Sungguh mengkagumkan betul otai-otai orkid. Ada yang aku baca tu dikatakan 90% peminat orkid di malaysia ni adalah lelaki. Tapi yang aku tengok tu memang betul, mereka ni kalau dah minat dasyhat. Ada juga kaum hawa yang minat dan aku tak nafikan. Kiranya aku ni baru nak masuk 10% lah ya. Ada lagi petikan yang aku baca dalam blog tersebut dia mengatakan pepatah cina "jika anda tidak sempat menanam pokok 20 tahun dulu, mulakan dari sekarang".
So apa aim aku? Aku cuba nak belajar tanam orkid yang pelbagai jenis tanpa mengakibatkan aku lalai. Lalai???...Ialahkan lalai dunia dan akhirat. Tanam pokok ni kan satu terapi. Aku ambil yang positif ajelah ya
p/s- aku dah jumpa hot spot aku. Lepas ni tiap kali balik kampung aku akan singgah.
(amal kata sport?, ibu nak bersukan ke?...hahaha) bukan bersukan tapi berdangdut macam tina(orchid ibu dan aishah)kata.
-thanks tangan sejuk sbb bari aku tips
1 comment:
salam..saya muhaimin dari hexagon green biotech..jika cik berminat dgan orkid, kami mempunyai ladang orkid seluas 10 ekar di banting, selangor yg memuatkan lebih 20 jenis orkid hibrid (kacuk) yg cantik dan menarik. kami menjual keratan orkid dan orkid dalam pasu jenis mokara, dendrobium, aranda, vanda dan banyak lagi..berminat sila hubungi muhaimin = 0193727419 atau emel ke muhaimin_biotech@yahoo.com
Post a Comment