Friday, May 20, 2011

The Battle Is Begin


gambar ekhsan dr google

Betul ke spelling tajuk tu...hehehe..maklumlah aku ni setakat sekolah kampung aje, itulah masa dulu penat kena ketuk ketampi, tak pandai-pandai juga. Sekarang ni rasanya dah tak ada ketuk ketampi, kalau ada sure cikgu tu dah kena tindakan undang-undang. Zaman kami dulu...tak boleh nak kata, lenguh lutut. Apa pulak aku merepek ni.

Sebenarnya ni pasal pertandingan kebersihan bilik. Aku dah tak larat asyik nak mengadap bilik anak-anak aku yang sentiasa bersepah, lepas tu aku yang kena kemas. Setelah perbincangan FAMA, maka kami telah wujudkan pertandingan ini. Dah dua hari pertandingan bermula. Setelah dimulakan dengan "musyuarah al usrati", tujuna dan syarat-syarat pertandingan telah dinyatakan.

Tujuan utama pertandingan diadakan bukan untuk mereka mengumpul duit, tapi adalah untuk menanamkan sifat suka mengemas dan memastikan bilik berada dalam keadaan bersih. Pemenang akan diumumkan setiap minggu dan hadiah akan diberikan sebulan sekali. Hadiah berupa wang tunai, pemenang akan mendapat RM5, kedua RM3 dan ketiga RM2.

Kriteria-kriteria adalah seperti berikut:
1. Kekemasan katil.
2. Kekemasan Meja belajar.
3. Kekemasan rak buku.
4. Kebersihan lantai.
5. Kebersihan bakul sampah.
6. Susunan beg sekolah.
7. Belakang pintu, depan almari.
8. Susunan baju dalam almari.
9. Bawah katil.
10...

yang lagi satu kriteria tu aku tak ingat. Selain dari itu, ada insentif diberikan setiap enam bulan. Kriteria termasuk : ibadah, pencapaian akademik, sopan santun, tatasusila...dan beberapa lagi.

Selama dua hari ini, aku dah nampak perubahan, tapi belum boleh menarik nafas lega. Semoga anak-anak aku akan sentiasa mendapat ilham dan agar mereka dapat meneruskan aktiviti ini walaupun tiada hadiah wang ringgit.

No comments: