Monday, January 19, 2009

PENGORBANAN SEORANG IBU

Jadual seharian kadang kala aku rasa agak memenatkan. Tapi itulah manusia. Selalu aku cakap pada abang yang aku ni penat, kerja rumah tak pernah habis. Dulu masa aku bekerja pun macam tu juga. Bila aku ingat-ingatkan pengorbanan orang dulu-dulu, termasuklah arwah emak, lagilah penat. Tapi mereka tak pernah merungut. Seingat aku, masa emak ada dulu, pukul 4.30 pagi lagi dah bangun. Menyediakan sarapan dan keperluan keluarga termasuklah sarapan ku. Lepas tu kemas rumah, basuh baju, masak. Kalau petang arwah emak rajin buat makanan untuk makan petang. Tak pernah emak beli di luar. Malam masak lagi.... Pergh.... lagi penat berbanding aku. Aku ni, kalau pagi abang tak kejut memang le... liat. Beruntungnya aku...

No comments: