Hari silih berganti, jadual baru telah aku adaptasikan dalam kehidupanku. Eargh... kadangkala memang terasa boring. Bila anak-anak semua pergi ke sekolah sunyi sepi rumah.
Minggu lepas aku mendapat e-mail dari akak anne, macam kenal tapi takut salah orang pula. Setalah kirimannya ku balas memang sah, ann yang aku kenal dulu sewaktu aku di matrik. Pada tahun 1989, ketika itu aku di UPM mengambil Matrik Sains. Ann seorang pelajar baru, pengambilan ke dua untuk pelajar matrik. Dia merupakan seorang yang peramah. Walaupun baru masuk tetapi keramahannya menyebabkan dia mudah mesra. Kami dalam kumpulan yang sama, maklumlah daftar di saat-saat akhir.
Aku masih ingat, kalau kita pergi ke kuliah selalunya lambat. Masa tu kalau berjalan dah tak nampak ayunya berbaju kurung disebabkan mengejar masa untuk ke kuliah terutamanya kalau di Pusat Asasi Sains. Ann, Mazel, Cik Na dan aku selalu aje pergi sekempulan. Kalau di kelas Bio, annlah partner aku. Aku ingat lagi masa kita belah tikus dulu. Group kita masa tu Razali, Radzai, Halim dan yang lain aku tak ingat, selalu ada di belakang makmal... ha..ha..ha...seronok masa tu kan, kecoh...
Tapi kini ann berada di kota London, mengikut suaminya yang melanjutkan pelajarannya di sana. Dengar cerita telah tamat dan sedang mencari kerja. Seronoknya melihat negara orang kan? Berkahwin dengan seorang Jepun dan kerap berpindah. Kata orang jauh berjalan luas pandangan dan ramai kenalan. Itulah kehidupan, dan kata orang kuga hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri...
Alhamdulillah, aku berada di sini. Sebagai seorang suri rumah yang sebok menguruskan anak-anak. Seperti kata abah, duit boleh dicari tapi yang penting adalah kesejahteraan anak-anak. Tepukul aku mendengar bicara abah minggu lepas. Kadang-kala aku terlupa, bahawa itulah pilihanku dan juga aku ada anak-anak yang perlu aku fikirkan. Setiap manusia tidak sama perjalanannya.
No comments:
Post a Comment