Friday, February 27, 2009

KEKESALAN

Bukan mudah untuk memenuhi semua permintaan dan bukan mudah juga untuk menjaga banyak hati. Dalam perjalanan hidupku ini aku tidak lari dari melakukan kesilapan. Kadang kala aku terasa bahawa sesuatu kesalahan itu berpunca dari aku. Aku tahu bukan mudah untuk berbuat baik, tetapi seperti kata ustazah Murni semalam, untuk berbuat baik itu kita kena paksa, jika tidak memang payah kita hendak berbuat baik. Maklumlah kita dikelilingi oleh suara yang mengajak kita untuk berbuat kemungkaran.

Aku pun tak tahu, jika dulu untuk membuat sesuatu keputusan aku sering terfikir emak dan bapak. Walaupun segala keputusan nampaknya aku yang buat tetapi di sebalik itu ada teras atau landasan yang aku perlu turuti. Biarlah orang kata aku ni terlalu memilih ataupun terlalu sombong, tapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang berada di hati. Kalau diikutkan kata hati mahu binasa hidup ini. Alhamdulillah, masih ada pegangan yang masih kuat dan utuh di dalam pemikran aku. Syukur..

Aku selalu juga terfikir, mungkin kita dengar kata emak dan bapak kita, senang cerita tak membantah dan membelakangkan mereka hidup kita jadi seperti hari ini. Pening aku fikirkan remaja masa kini. Fikirlah sebelum berbuat sesuatu ......Allah melihat apa yang kita buat dan juga apa yang kita buat memeberi kesan yang besar di akhir nanti. Fikir-fikirkanlah...

No comments: