Saturday, August 8, 2009

Sya'ban

Rabu lepas 5 Ogos bersamman dengan 14 Sya'ban. Bermaksud sudah sudah setengah bulan ia berlalu. Tak lama lagi bulan yang penuh barakah akan tiba lagi. Mudah-mudahan aku dapat berjumpa dengannya. Dalam masa aku duduk di rumah ini, banyak juga ilmu yang aku dengar dan dapat, dan bermakna banyak yang aku tak tau. Dalam bulan ini jugalah digalakkan perbanyakkan berpuasa. Rupanya kita tidak digalakkan untuk berpuasa sunat terutamanya jika kita baru hendak mula berpuasa. Kata Ustaz dalam program Al-Kuliah tadi dia kata, tiada yang haram cuma tiadak digalakkan. Umat islam juga tidak digalakkan untuk mengaggungkan bulan-bulan tertentu kecuali Ramadan. Jangan jadikan berbuat amal kebaikan mengikut musim.

Habis saja bulan Sya'ban, Ramadan akan bermula. Bulan kelahiranku, dan juga bulan di mana abangku Allahyarham Mohd Afandi pergi menghadapiNya. Dua hari sebelum Ramadan juga emak pula pergi menyusul. Aku masih ingat, malam Jumaat, 5 minit sebelum 12 tengah malam, emak pergi meninggalkanku buat selama-lamanya. Semoga roh kalian ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. Aku tidak tahu semenjak-dua menjak ini aku kerap teringatkan Allahyarhamah emak. Mungkin disebabkan oleh beberapa kejadian di kampung mengikabatkan kenangan aku bersama emak kembali segar dalam ingatan. Aku masih ingat beberapa ungkapan kata-katanya yang pasti tidak akan aku lupakan. "Kalau boleh emak tak nak anak-anak emak susah macam emak, belajarlah pandai-pandai, agar besar nanti tidak susah macam emak, jadi penoreh getah", "Emak tidak pernah nak membeza-bezakan anak-anak emak, semua emak layan sama rata". Aku pernah berkata kepada emak "Kesian emak, anak ramai, 10 orang, macam-macam perangai ada kan mak". Emak kata" Anak-anak emak semua ok, tak ada yang susahkan emak". Betapa tabah dan cekal emak mendidik anak-anak. Walaupun kakak Ngah tak dapat bersekolah, (emak pernah menyesal seperti yang dikatakan kepada kakak), tetapi emak cuba untuk memberikan pendidikan untuk anak-anaknya yang lain. Betapa susahnya emak terpaksa mengemis bantuan dari tuan Pengurus di awal-awal kemasukannya di tanah rancangan. Emaklah yang banyak mengambil tahu pasal pendidikan anak-anak. Tidak mustahil anak-anak lebih rapat dengan emak dari bapak. Terlalu banyak kenangan aku di masa lalu.. Dengan bapak? Aku rasa tak ada siapa yang berani, silap-silap boleh jadi anak derhaka. Aku harap aku tak jadi anak derhaka. Walau bagaimanapun bapak baik. Moga aku tidak lupa.

huh..bulan-bulan barakah. Aku harap aku dapat lalui dan dapat perbaharui diri untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Jika bukan kesenangan aku harapkan keimanan...Amin.

No comments: