
Sabtu lepas abang mengajak aku ke Persada, JB untuk pergi ke Home Deco. Aku pun macam tak ada kerja. Anak-anak tak mahu ikut sebab kalau ikut sure tak dapat main game. Aku sebenarnya tak tau kenapa aku pergi ke sana, ni sebab saja-saja + di rumah tak ada kerja. Macam biasa, bila sampai di sana aku lebih suka melihat atau dengan kata lain sebagai peninjau sahaja, manakala abang yang lebih banyak bertanya. Tidak lama di sana ada pengumuman untuk mengikuti seminar bersama Eric Leong, seorang yang terkenal dengan rekaan dalaman. Aku pun apa lagi, mengambil peluang yang ada datang bergolek di depan mata. Bukannya senang nak dapat ikuti seminar beliau, lebih-lebih lagi seminar free. Dia kata mula pukul 2.00 petang, bila sampai di bilik seminar tak ramai yang ada, aku kira-kira tidak sampai 60 orang. Padahal bilik tu boleh menampung seramai 100 orang. Pukul 2.30 baru seminar bermula.
Tajuk seminar Eric ialah "8 steps how to decorate your house". Best juga dia punya penyampaian, bersahaja + lawak. Syarahan dalam English (+ melayu) sikit-sikit. Aku rasa tak kering gusi mendengar syarahan beliau di samping banyak ilmu yang aku dapat dari seminar tersebut. Aku antara peserta yang mendapat majalah HOMEDECO dari tangan Eric sendiri disebabkan aku menjawab soalan beliau (walaupun jawapan aku salah). Aku rasa tak sia-sia aku ke Persada pada hari tersebut. Aku harap aku dapat ilmu yang bermenafaat yang akan aku aplikasikan untuk rumah aku nanti. Lihat dan tungguu...
No comments:
Post a Comment