Hari ini berakhirlah Pesta Layang-layang Antarabangsa yang ke 16. Dalam masa 2-3 hari ini jalan di sekitar Bukit Layang-layang agak sesak. Mula-mula sesak dengan jentra membetulkan jalan, lepas tu sebok dengan kenderaan pengunjung pula. Agak-agak aku pergi tak? Ya soalan cepu emas. Sebenarnya awal-awal lagi aku dah pergi ke sana. Mula-mula servey (lihat sekali lalu) kedai yang berkenan. Kali kedua pergi ke sebuah kedai target aku. Kali ke tiga semasa program Forum Perdana. Pertama dan kedua aku singgah lepas hantar Amal ke sekolah agama. Yang ke tiga tu aku pergi malam dengan abang. Hari-hari akhir ni aku tak pergi, malas sebab ramai sangat orang. Sampaikan jalan di belakang rumah aku pun orang parking kereta.
Sebenarnya tiap-tiap hari aku tengok layang-layang sebab masa pergi dan balik dari hantar anak aku mesti lalu. Lagilah bila lepas ambil Arif, mesti aku lalu punya. Banyak sangat layang-layang. Selain dari layang-layang pengajur dan peserta, layang-layang orang awam pun banyak bercelaru jadinya. Kali ni aku rasa pengujung paling ramai, maklumlah kalau dulu dianjurkan oleh JCoop, syarikat swasta, budget agak ciput, kali ni dah diambil alih oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengarnya budget pun lebih besar.
Apa-apapun terima kasih kepada keluarga dari Kampung sawah kerana sudi datang ke rumah kami di samping memeriahkan lagi pesta layang-layang.
No comments:
Post a Comment