Friday, February 25, 2011

Program Bistari

Hari ini bertempat di kelas 3 Arif telah diadakan penerangan berkenaan program bistari. Mula-mula tu cikgu Preema dan guru kounsling beri penerangan. Lepas tu setiap murid membentangkan pencapaian akademik tahun lepas dan apakah yang akan dilakukan untuk meningkatkan prestasi mereka. Aku dapat lihat dalam kelas arif ni ramai murid yang berkelayakan untuk mendapakan keputusan yang cemerlang. Tapi...

Ada tapinya. Tapi kena usaha berlipat ganda termasuklah anak aku. Kali ni aku kena guna pendekatan yang berbeza berbanding dengan ketika arif UPSR. Aku hanya cuba sahaja. Aku tak boleh nak samakan anak aku dengan anak-anak saudara aku. Tidak nafikan ramai anak-anak saudara aku yang pandai. Anak orang lain, anak aku lain. Setiap mereka ada kelebihan dan ada kekurangan masing-masing.

Arif...cubalah buat yang terbaik.

No comments: