Monday, January 30, 2012

Perasaan seorang Ibu (3)

Bila anak-anak makin besar, maka bertambahlah perkara yang nak kena fikir. Perlu ka nak kena fikir? Memang perlu...nak tak nak kena fikir juga. Itulah ya, anak-anak tak fikir yang mak bapak dia ni amat risau tentang anak, tapi si anak fikir diri sendiri yang perlu dirisukan. Anak-anak diluar sana, ingatlah bahawa emak dan bapak kamu amat ambil berat, risau tentang diri kamu. Kalau rasa diri dah cukup dewasa, dah cukup matang, dah rasa diri dah sedia pikul tanggungjawab silakan....tapi....kalau hingus pun emak nak kesatkan, makan pun emak nak suapkan,entah-entah buang air pun emak nak basuhkan. Faham ke? Dalam erti kata moden, belajar tak habis lagi, makan mak bapak masih tanggung lagi, duit belanja masih nak mintak emak bapak lagi, duit top-up pun masih ditanggung lagi.....itu tandanya anda memang tak mampu dan tak layak lagi. Untuk apa? Kena fikir sendiri. Ha! kena ingat, berjimat dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Ingat senang ke mak bapak nak cari duit.

Orang kata bila anak makin besar, bukan makin mudah tapi makin payah. Kalu kecik-kecik dulu boleh dicubit atau dijentik, marah pun masih boleh. Tapi kalau dah besar, kalau emak bapak cakap, katanya kita ni banyak bebel. Kalu marah nanti merajuk. Ketahuilah wahai anak, mana ada emak bapak yang tak sayangkan anak. Sebab sayangkan anaklah tu kita tegur, itulah kita beri nasihat. Wahai anak, cubalah jaga hati mak bapak pulak.

No comments: