Esok hari sabtu, bermakna dah hampir seminggu Arif masuk asrama. Hari isnin lepas pergi hantar dia ke Sek. Tek. Perd. JB, tak jauh mana pun. Esok nak pi tengok dia dan dah janji nak ambil baju kotor dia dan nak cucukan. Ahad nak hantar semula.
Mula-mula dapat dulu dia tak nak pergi. Tapi hasil perbincangan dengan abang, kena hantar juga dia ke asrama. Bukan nak dera dia, tapi kalau di rumah jadual dia sama sahaja. Pagi pergi sekolah, balik makan, tv,internet, hp. Petang tolong masak air dan angkat baju, itupun tiap hari kena suruh. Budak-budak sekarang bukan ada perasaan bila tengok emak dan bapak dia buat kerja. Biar dia belajar sikit menguruskan masa. Kalau di rumah, hp tu macam ada gam, tak lekang dari tangan. Sebagai orang tua, yang lebih dulu makan garam rasanya aku faham.
Tapi bila dia tak ada di rumah, rasa rindu pula. Agaknya emak pun dulu rasa macam yang aku rasa bila aku baru-baru masuk asrama.
Tak apalah, esok pun dah nak tengok dia. Aku doakan yang terbaik untuk dia.
No comments:
Post a Comment