Monday, April 22, 2013

Aku Ke Putrajaya

Rabu lepas aku ke Putrajaya. Pertama kali menaiki keretapi.

Punyalah tak pernah naik keretapi ke Kuala Lumpur. Mula-mula tanya kawan, sambil tu cek di dalam website, nak sahkan lagi aku call KTM.
Keretapi Senandung Malam, bergerak pukul 11.35 malam berharga RM33. Keretapi sampai dari Singapura. Pukul 12 baru keretapi berjalan. Punyalah teruja nak naik keretapi. Aku duduk di seat no A15, koch M1. Tu dia, nun di barisan paling akhir sekali. Ada ruang lagi di bahagian akhir tu iaitu toilet. Ada ramai juga budak-budak muda yang bersaing denganku, kelihatannya seperti pelatih askar.
Bila keretapi dah bergerak baru terasa, dengan gegaran dan bunyinya. Itu tak ditambah lagi dengan budak-budak tu nak berasap di kawasan sebelum toilet. Dahlah pitu senang terbuka, sesekali masuk juga asap-asap rokok mereka. Nak buat macam mana, beli tiket pun dah pukul 10.40 malam. Setiap setengah jam sekali dan setiap kali bergegar aku akan terjaga. Itu belum lagi di setiap stesen yang dia berhenti. Akhirnya sampai juga di hentian keretapi Kuala Lumpur Central pada pukul 6.30 pagi.

Dah sampai di Kuala Lumpur Sentral, destinasi seterusnya ialah Putrajaya Sentral. Aku ambil KLIA Transit.

Tiket berharga RM9.50. Syok juga naik KLIA Transit ni kalau nak dibandingkan dengan komuter. Cepat aje. Sesak pun tidaklah sesak. Sampai di Putrajaya Sentral pukul 7.00 pagi. Masih awal lagi. Duduk dulu sambil tu pergi sarapan, Kuea Tiaw Goreng dengan telur dan air teh tarik. Sesekali kan, apa salahnya.

Seterusnya nak ke Wisma Putra pula. Tanya bas yang jaga bas tu macam acuh tak acuh aje. Tak apa, naik teksi dulu, nanti kalau urusan dah selesai baru naik bas.

Tu dia, RM13 dari Putrajaya Sentral ke Wisma Putra. Sampai juga di Wisma Putra. Nak dijadikan cerita di sinilah Musibah berlaku. Aku ingatkan tak nak susahkan orang (kakak aku yang bekerja di JPM), tapi terpaksa juga. Aku reda aje dengan Musibah yang berlaku. Tujuan aku nak ke Wisma Putra dah selesai. Tapi yang tak berkaitan hal ini pula yang tidak selesai.

Nak tau ke mana aku selepas itu? Ke mana lagi, ke JPN dan seterusnya ke ofis kakak aku la di JPM. Menumpang sekejap. Tengahhari balik ke rumah kakak, makan dan tidur. Nak balas dendam sebab dalam keretapi cuma tidur-tidur ayam. Kakak ku kata setiap musibah yang berlaku tu ada hikmahnya. Ada orang yang nak kena ditolong dan ada orang yang menolong. Moga urusan selepas ini akan dipermudahkan. Aminnn...

Esoknya.....

Pagi-pagi lagi aku dah sampai ke JPN. Ambil apa yang patut. Keluar dari bangunan JPN pun belum pukul 8.00 pagi. Wah!... sungguh efektif betul perkhidmatan di Putrajaya. Kalaulah di bahagaian-bahagian lain sama seperti ini kan bagus. Keluar aje dah nampak bas Rapid KL. Naik bayar 50 sen ke Putrajaya Sentral. Hehehe...jauh beza kan antara naik teksi dan bas. Maklumlah bas tu ada subsidi.
Cuma tiket 50 sen tu tak tau mana aku letak.

Tepat pukul 9.00 pagi aku naik bas express pula ke Larkin.

Nasib baik urusan habis awal, kalau tidak aku kena ke Bandar Tasik Selatan pula nak kejarkan bas lain. Bas express dari hentian Putrajaya ke Johor Bahru ada dua kali iaitu jam 9.00 pagi dan 1.00 tengahari. Dalam bas pun apa lagi, tidur, tidur dan tidur.
Sampai di Hentian Larkin pukul 1.00 tengahhari.

Dipendekkan cerita aku sampai rumah pukul 2.00 petang. Alhamdulillah urusan dah selesai dengan kenangan pahit. Reda ajelah dengan ketentuan yang tertulis. Semoga urusan selepas ini Allah permudahkan.

No comments: