Saturday, May 9, 2015

TH


Sekarang ni tengah hangat issu TH.  Aku sebagai rakyat biasa pun nak juga luahkan ke tidakpuasan  aku.  Aku pun bukan pandai sangat bab ekonomi ni.  Tapi aku tetap tak puas hati bila TH beli tanah 1 MDB tu.
Sebagai penyimpan TH,  aku bukan tak sokong pengurusan buat pelaburan ,  tapi kalau pada harga yang tak munasabah tu,  aku pun turut kecewa seperti penyipan-penyimpan lain .

Dari dulu aku menabung di situ,  sampaikan anak-anak aku lahir pun aku terus buatkan akaun.  Maklumlah mudah nanti dah besar,  simpanan dah ada nak buat haji pun senang.

Alhamdulillah aku pun dah pun menunaikan haji pada usia yang muda, berkat simpanan di situ.  Pada ketika itu,  kos mengerjakan haji baru RM8880 (2005).
Sekarang kos dah meningkat RM10000 sorang.  Untuk yang pergi kali ke dua dah tak ada subsidi kena bayar penuh RM16000 sorang.  Kalau giliran lama lagi maka kenalah tambah kos tu ikut perbelanjaan semasa. Kesian orang-orang kampung yang bias-biasa tu,  kena sentiasa menabung untuk mencukupkan jumlah. Bayangkan makcik pakcik yang kerja kampung tu.

Tapi macam kawan kata di fb,  kita sebagai rakyat biasa apa yang boleh kita buat selain gelang kepala.  Nak keluarkan duit tu semua kang tak ada harapan nak pergi haji lagi.  Kalau aku ni jutawan lain la. Nak buat macam mana, di Malaysia ni hanya satu saja badan yang menguruskan haji.  Kalaulah ada badan lain,  sah-sah esok lusa tinggal separuh aje penyipan di situ.

(#sekadar meluahkan kekesalan aku,  tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati)

No comments: