Saturday, May 23, 2015

Tradisional

Kalau dahulu mak buat baju sekolah aku,  mesti  lengan baju melepasi pergelangan tangan. Jadi kalau di sekolah aku akan lipat satu atau dua kali agar mudah untuk aku menulis dan tidak mengotorkan baju.


  Tapi pada satu hari kawan baik aku tegur,  "kenapa lipat lengan baju tu,  kan tak cantik".  Apa lagi,  balik aje ke rumah aku terus potong lengan baju tu untuk panjang yang sesuai dengan aku. Semenjak dari itu baju aku lengannya semua paras pergelangan tangan,  kiranya dah tak mengikuti ciri-ciri baju tradisional yang sebenarnya.


(sila abaikan tangan bibik merangkap tukang kebun tu ya.
Sebenarnya baju kurung tradisional amat mematuhi syariat kan.)

No comments: