Thursday, July 30, 2009

Demam

Bermula dari hari Isnin lepas, Akmal mula demam. Aku bawa dia ke klinik dan aku dah dapatkan mc untuk dua hari. Bila dah makan ubat, hari Selasa pagi aku tengok dia dah ok sikit. Petang tu dia pergi ke sekolah walaupun sepatutnya dia masih dalam cuti sakit. Dia kata ada ujian. Balik dari sekolah, badannya panas semula. Ada tanda2 bengkak di dagu. Aku suruh dia berehat. Bila malam, kesian aku tengok dia, tak nyenyak tidur, lepas tu badannya bengka-bengkak. Panik juga, aku beri ubat demam biasa lepas tu aku sapu vicks. Pagi tu bengkaknya dah berkurang, tapi panasnya masih ada. Hari ini Arif pun dah menunjukkan symptom demam. Sekali lagi aku bawa dua orang anak bujang aku ke klinik. Akmal dapat dua hari cuti manakala Arif dapat satu hari. Kesihatan anak adalah segalanya. Ujian boleh ambil lain kali. Bila lihat anak sakit, kita yang rasa sayu selalu berdoa agar mereka cepat sembuh.
Hari Selasa, hari ulangtahun Aiman yang ke enam. Aku cuma membelikan jajanan dan dipaketkan untuk diberi kepada kawan-kawan aiman di kelas mengaji. Aku cuma sediakan 50 paket sahaja. Aiman minta aku belikan kek untuknya, tapi aku katakan kepadanya bahawa aku akan membuat sendiri kek untuknya. Bahan-bahan untuk membuat kek semua dah ada, tak perlu aku ke kedai lagi. Arif suka aje kalau aku buat kek. Kek coklat kegemaran anak-anak. Aku tambahkan toping coklat, taburkan almond yang dipanggang (tu yang ada warna kecoklatan..hehehe), lepas tu tambah sugar colour.

Ini dia kek Aiman.



Aiman sempat memotong keknya sebelum ayah bertolak ke KL, dan sebelum dia pergi mengaji.



Birthday boy bersama ayah dan Akmal.

Diam tak diam sudah enam tahun anak aku yang bungsu ni. Sekejab betul masa berlalu. Aiman pun dah nak tumbuh gigi baru. Masalahnya gigi susu dia belum tanggal lagi. Usia Aiman enam tahun bermakna usia kereta aku pun dah enam tahun. Kereta itu aku beli dua hari sebelum Aiman lahir. Masa tu dengan perut memboyot aku ke JPJ untuk buat pendaftaran. Kereta tu banyak berjasa kepada aku sekeluarga. Kereta abang pun dah masuk lapan tahun. Bermacam bunyi dah ada, tetapi memandangkan malas nak menambah hutang, abang masih pakai kereta wiranya itu. Dengan kereta itu juga dia pergi membuat kerja tambahan untuk kami sekeluarga. Terima kasih abang. Semoga kita dapat menghadapi cabaran dan dugaan mendatang dengan tabah dan terbuka.


No comments: