(ikhsan google)Macam-macam boleh berlaku denagn facebook dan macam-macam boleh buat dengan facebook. Aku pun tak tertinggal juga dalam list pengguna tegar facebook.
Kenapa aku suka guna facebook?
Aku merupakan suri rumah sepenuh masa dan pernah bekerja (kiranya kerja profesional le gitu). Tapi itu semua dah tinggal sejarah. So, rutine aku sekepas suami dan anak keluar dari pagar rumah pukul 7.00 pagi, maka aku akan ditinggalkan sendirian. Macam biasalah kan, kerja-kerja suri rumah (tak perlu aku listkan satu persatu). Untuk tidur semula. Oh! Tidak...sedari kecil memang menjadi larangan untuk tidur selepas bangun pagi. Disebabkan kita pernah bekerja dan rasanya adalah menjadi satu kelebihan untuk menyusun atur kerja-kerja kita.. Bila nak masak, bila nak basuh baju, bila bak menyapu, bila nak mop lantai, bila nak menggosok baju? Itu semua dah disetkan dalam kepala. Dah tak perlu lagi "list to do" macam masa kerja dulu-dulu.
Kawan
Dari facebook ini juga aku dapat berjumpa kawan-kawan lama aku yang dah lama tak berjumpa. Tidak kiralah, kawan dari zaman kanak-kanak, zaman sekolah, alam dewasa dan kawan-kawan masa kerja. Dari sinilah kita dapat tahu perkembang mereka (itupun kalau mereka update lah). Seboleh-bolehnya aku cuba untuk tidak bercakap hal orang lain bila aku berhubung dengan kenalan-kenalan aku. Selain dari kawan-kawan yang dikenali, dari facebook juga aku dapat kawan dari merata tempat dan tidak dikenali sebelum ini. Seberanya ramai juga yang bergaduh disebabkan facebook. Tujuan aku nak rapatkan silarturahim bukan nak bermusuhan. So nak kawan pun kita kenalah fikir sendir ya, kita nak kawan yang macam mana.
Hobi
Semenjak aku jadi suri rumah, aku dapat mengembalikan hobi aku yang terkubur masa aku bekerja. Dan yang paling utama, hobi menanam orkid. Di sinilah aku banyak belajar cara-cara menanam dan menjaga bila aku bertemu dengan orang-orang bijak pandai dalam bab menanam orkid. Di sini juga aku dapat bertukar-tukar pokok orkid (tapi selalunya aku banyak dapat dari memberi).
Ilmu
Banyak juga ilmu yang boleh kita cari kalau kita buka facebook. Nak ilmu macam mana? Ilmu yang baik atau tak baik semua ada. So pandai-pandailah sendiri ya nak pilih yang mana satu.
Game
Aku tak nafikan aku juga bermain game di facebook. Minta maaflah kalau ada orang yang tak senang. Tapi seboleh-bolehnya aku tak mau ganggu orang lain dengan request game ni. So aku main game ni kiranya syok sendiri daripada aku dok menambahkan hasad dengki atau kebencian orang.
Berbelanja
Kadang kala aku belanja melalui facebook.
Perkara diatas merupakan tujuna utama aku melayari facebook.
Tapi ada satu perkara yang aku amat-amat tak faham dengan orang-orang yang suka post sesuatu gambar kemudian tulis SILA LIKE ITU DAN INI dan macam-macam lagi. Nak like atau tidak tu sebenarnya (pada akula) terpulang kepada individu. Kalau sesuatu tu aku suka aku akan like dan sekirnaya ianya berguna, aku akan share. Tetapi setiap kali aku nak share tu selalunya aku akan berfikir tiga empat kali. Ada atau tidak orang akan marah, ada atau tidak orang akan berkecil hati, ada atau tidak orang yang akan terasa dan yang paling penting, kalau aku share benda ini adakah aku akan dapat DOSA?....yang paling akhir tu yang paling aku takut. Maklumlah, amalan tak banyak, tak pasal-pasal kang aku dapat dosa.
Ada juga gambar-gambar berkaitan keislaman yang ditulis, sila like jika anda muslim...Yang ini memang tak akan aku like. Setakat gambar lepas tu kita like kalau kita tidak menjalani kehidupan sercara islam buat apa, kalau kita like tapi kita tidak hidupkan ajaran Islam yang sebenarnya buat apa. Silap haribulan boleh terpesong akidah.
So,hari ini aku membebel pasal facebook. Sekadar melepaskan apa yang ada di hati.
No comments:
Post a Comment