Wednesday, May 1, 2013

Hari Pekerja

Semenjak dah tak kerja, dah lama tak makan di sini. Restoran yang dimiliki oleh Pakistani. Bila makan roti teringat kenangan makan roti tempayan di Mekah. Setiap kali balik dari Masjidil Haram, bau roti tempayan yang semerbak meyusuk hidung di sepanjang jalan. Sekeping 2rial. Kedai tu hanya menjual roti sahaja. Lepas tu beli kari kambing atau lembu di kedai lain jual makanan.

Tapi hari ni order 3 keping roti nan, 1 piring kari daging, 1 piring kari kambing, 1 ketul ayam tandori. Dengan air sekali RM23 untuk 3 orang. Rasa kari daging hancur pun sedap, tapi kali ni tak order.

Sesiapa yang duduk di Kota Tinggi tau la tempat ini, di belakang kedai Nasi Ayam Baser. Sambil menunggu En. Abang berurusan, ada selingan.

Orang lain berkelah bawa makanan, kita berkelah bawa bahan bacaan.



Ada budak main air yang keruh sekeruh teh susu. Maklumlah kesan dari aktiviti perlombongan.


Seronok bila dapat tengok orkid mekar di situ.

Dapat berehat di sini 45 minit pun jadilah.

No comments: