Tuesday, May 21, 2013

Nilai Seorang Anak

Ustad tu kata, kalau semasa kita memandu dan terjumpa duit 50 sen, kita ambil tak? Kalau jumpa RM1, macam mana? Kalau jumpa RM50 atau RM100 macam mana? Tentu RM100 tu lebih bernilai dari 50 sen kan?

Bergitu juga dengan anak. Anak merupakan nilai yang paling berharga,

1. Lubuk pahala.
Untuk bapa-bapa, jangan segan silu nak berbelanja untuk anak-anak. Bayar yuran sana, yuran sini, yuran tuesyen, yuran mengaji dan lain-lain lagi. Puasa Isnin dan Khamis tu sunat, tapi nafkah untuk anak-anak tu wajib. Kalau dah wajib tu, bila dibuat tentulah dapat pahala. Kalau boleh keluarkan dari poket sendiri, tak cukup baru minta dari isteri. Lebih banyak anak lebih banyak pahala yang dapat, itu yang dinamakan lubuk pahala.

2. Meningkatakan darjat.
Bila di syurga nanti, anak-anak inilah yang akan meningkatkan darjat kita dari orang lain atau pun orang yang biasa-biasa sahaja. Nak buat puasa sunat, jauh sekali, nak solat-solat sunat pun amat payah.

3. Sumber pahala.
Apabila telah mati anak adam, maka tinggalah semua kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak soleh yang mendoakan ibubapanya.

4. Penenang jiwa.
Setiap anak yang dikurnaiakan Allah itu adalah agar kita senang dengannya. Penat macam mana pun lepas bekerja kalau nampak anak mesti hati kita lega. Adalah menjadi taggungjawab kita untuk pembentuk untuk anak-anak kita. Nak membentuk anak kena dari mula lagi bukan dah besar baru nak bentuk.

Kita bangga tak dengan emak bapak kita? So agak-agaklah, anak-anak kita bangga tak dengan kita?

Sebenarnya forum perdana ni tak dirancang nak pergi. Dah terlanjur kakak ajak, aku pergi juga walaupun pada mulanya rasa berat hati (hehehe...setan dah tiup). Salah sorang ahli panel ialah Dr Harlina. Tapi aku ni perasan daya ingatan tinggi, tak bawa pen dan kertas. Jadi banyak yang tak dapat aku nak recall di sini. Rasa berbaloi sangat walaupun sampai tempat penginapan hampir pukul 12 malam. So yang Dr Harlina bentang tu banyak yang aku tak ingat.

No comments: